Sayyidina Ali di Madinah Ali_bin_Abi_Talib

Semasa berlakunya Perang Badar, Sayyidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Al Walid bin Utbah di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah s.a.w juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah.

Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak kepada Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam. Beliau menyertai semua peperangan bersama Rasullullah s.a.w kecuali Perang Tabuk. Beliau juga menjadi salah seorang hakim dan penulis wahyu baginda.